Monday, June 6, 2011

KESERASIAN MENGIKUT HIERARKI



ANAK SULUNG DENGAN ANAK SULUNG

Hubungan pasangan ini berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan pengorbanan jiwa yg besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti itu.


ANAK SULUNG DENGAN ANAK TENGAH

Sudut negatifnya dari hubungan ini adalah kemungkinan berubah sikap si anak tengah  untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk sesiapa sahaja. Meskipun begitu, ia seringkali menganggap si sulung yang suka menggertak dan menakutkan. Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, mereka harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.


ANAK TENGAH DENGAN ANAK TENGAH

Pasangan ini sangat sesuai dan boleh melakukan aktiviti yang mereka sukai. Mereka sangat selesa apabila bersama. Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan sentiasa ingin berdamai.


ANAK TENGAH DENGAN ANAK BONGSU

Hubungan ini akan berjalan dengan lancar, apabila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati,maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku terutamanya apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.


ANAK SULUNG DENGAN ANAK BONGSU

Kombinasi yang selesa. Si sulung dapat mengajar pasangannya untuk bertindak lebih teratur dan dewasa terutamanya saat menghadapi masalah yang sukar. Sementara, si bongsu dapat seimbang sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.


ANAK BONGSU DENGAN ANAK BONGSU

Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun apabila tidak melihat kenyataan tentang konflik kehidupan dengan betul, mereka sukar untuk mengawal situasi. Kedua-dua lebih bersifat manja dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.

Di sini ak hanyalah nak berkongsi maklumat berkaitan interaksi dan hubungan di antara korg serta pasangan korg berdasarkn kepada kedudukan korg dalam keluarga masing-masing. Ianya tidak ada kne mengena dgn yg hidup atau yg mati. Hanya ingin berkongsi mklumat..

Kebenarannya korg sendiri tahu.. Ak dan eika kami masing2 anak tengah..haha..sgt memahami antara satu sama lain..Hope kami kekal sampai bilebile dan tidak lupe korg sume smoga kekal.. Sekian..
  p/s:minx maaf kpd yg lebih tua dgn gne ak... :)      

Wednesday, June 1, 2011

5 Perkara Penting Dalam Cinta Ini..

Di dunia ini kita haruslah ada prinsip dan peraturan dalam hidup barulah kehidupan akan menjadi lebih sempurna dan bahagia..
Percayalah tidak ada gunanya kamu bercinta sekiranya prinsip dan peraturan ini diabaikan dalam menempuh kehidupan di pada hari muka bersama insan yang TERSAYANG + TERCINTA...
                                                                            
1
SAYANGILAH SI DIA DENGAN HATI
BUKAN DENGAN PERASAAN


Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Tetapi jika anda meletakkan perhubungan itu berdasarkan hati maka dari situ akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk selamanya.. :) 


2
HORMATI PENDIRIANNYA


Jangan sesekali anda merayu dan mencipta pelbagai alasan supaya si dia menerima cintamu. Biar pun sedalam mana sekalipun cinta anda padanya namun biarkan dia yang membuat keputusan. Sekiranya mendesak apa yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati. Baik anda meraih cinta dari dari orang yang benar-benar menyayangi anda dan bukan hanya anda yang benar-benar mencintainya sedangkan si dia tidak ada rasa sayang dan cinta langsung terhadap anda. sesungguhnya cinta pada yang Maha Esa harus lebih dari segalanya.. :)



3
MENERIMA SI DIA SEADANYA


Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentangnya kerana sekali kamu mengubah , selamanya kamu akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, kenapa boleh terpikat dengan si dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia menjadi seseorang yang lain.. :)



4
ELAK BERSANGKA BURUK


Langkah paling bijak ialah meletakkan diri kamu di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika kamu sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia. Namun andai ada yang mencurigakan berbincanglah secara baik dan jangan terus menuduh secara melulu. Islam menggalakkan kita berbincang dan jangan cepat berprasangka buruk. Sentiasa bercakap berlandaskan bukti yang kukuh dan elakkan membesar-besarkan hal yang kecil.. :)



5
HARGAI PENGORBANANNYA


Sesungguhnya si dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, si dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna dari anda., namun demi cinta kerana Allah, si dia telah memilih anda. Oleh itu, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.. :)




haha..di sini ak menganbil kesempatanlah for berkongsi dengan korg sume yang dalam cinta ini juga ada peraturannya..
InsyaAllah kepada sesiapa yang mengikuti peraturan ini mampu untuk membina satu ikatan yang lebih terjamin...
dan ingatlah setiap langkah, setiap nafas, setiap kehidupan anda adalah untuk pasangan anda sendiri..
ak sendiri pon bukanlah insan yang sempurna tetapi ak cuba untuk jadi insan yang terbaik dan yang teristimewa untuk