Di dunia ini kita haruslah ada prinsip dan peraturan dalam hidup barulah kehidupan akan menjadi lebih sempurna dan bahagia..
Percayalah tidak ada gunanya kamu bercinta sekiranya prinsip dan peraturan ini diabaikan dalam menempuh kehidupan di pada hari muka bersama insan yang TERSAYANG + TERCINTA...
1
SAYANGILAH SI DIA DENGAN HATI
BUKAN DENGAN PERASAAN
Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Tetapi jika anda meletakkan perhubungan itu berdasarkan hati maka dari situ akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk selamanya.. :)
2
HORMATI PENDIRIANNYA
Jangan sesekali anda merayu dan mencipta pelbagai alasan supaya si dia menerima cintamu. Biar pun sedalam mana sekalipun cinta anda padanya namun biarkan dia yang membuat keputusan. Sekiranya mendesak apa yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati. Baik anda meraih cinta dari dari orang yang benar-benar menyayangi anda dan bukan hanya anda yang benar-benar mencintainya sedangkan si dia tidak ada rasa sayang dan cinta langsung terhadap anda. sesungguhnya cinta pada yang Maha Esa harus lebih dari segalanya.. :)
3
MENERIMA SI DIA SEADANYA
Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentangnya kerana sekali kamu mengubah , selamanya kamu akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, kenapa boleh terpikat dengan si dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia menjadi seseorang yang lain.. :)
4
ELAK BERSANGKA BURUK
Langkah paling bijak ialah meletakkan diri kamu di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika kamu sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia. Namun andai ada yang mencurigakan berbincanglah secara baik dan jangan terus menuduh secara melulu. Islam menggalakkan kita berbincang dan jangan cepat berprasangka buruk. Sentiasa bercakap berlandaskan bukti yang kukuh dan elakkan membesar-besarkan hal yang kecil.. :)
5
HARGAI PENGORBANANNYA
Sesungguhnya si dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, si dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna dari anda., namun demi cinta kerana Allah, si dia telah memilih anda. Oleh itu, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.. :)
haha..di sini ak menganbil kesempatanlah for berkongsi dengan korg sume yang dalam cinta ini juga ada peraturannya..
InsyaAllah kepada sesiapa yang mengikuti peraturan ini mampu untuk membina satu ikatan yang lebih terjamin...
dan ingatlah setiap langkah, setiap nafas, setiap kehidupan anda adalah untuk pasangan anda sendiri..
ak sendiri pon bukanlah insan yang sempurna tetapi ak cuba untuk jadi insan yang terbaik dan yang teristimewa untuk
No comments:
Post a Comment